Terdapat maklumat yang agak mengejutkan iaitu “Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama”. perkara ini bukan sahaja berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.
Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima
Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.
Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. RujukĀ http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=103
Fatwa tersebut berbunyi;
1. Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
2. Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
3. Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.
Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.
Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.
Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.
Pernah juga terdengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.
Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.
Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama.
Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.
Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.
Wallahualam
Incoming search terms:
- tuntutan kwsp (9)
- www tuntutan wang kwsp (2)
- penama kwsp (2)
- harta amanah tukar nama (2)
- Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati (1)
- penama kwsp anak bawah 18 tahun (1)
- penama wasiat dibawah umur (1)
- penamaan kwsp anak (1)
- penamaan kwsp kepada bukan islam (1)
- penamaan takaful (1)
- penerima insurans bawah umur (1)
- takaful-penama,penerima wasiat (1)
- terma takaful (1)
- tukar nama waris epf (1)
- tuntutan epf waris si mati (1)
Ini satu blog yang baik kepada orang ramai, bagi membolehkan pengetahuan mengenai wasiat dan perancangan pembahagian harta di kalangan orang Islam akan lebih meluas dan mendalam. Tahniah kepada Captain Zainin
Terima kasih En.Rahaman krn sudi memberikan komen baik. Pelbagai usaha kesedaran dan perancangan bijak mengagihkan harta pusaka kalangan umat Islam perlu diteruskan bersama. Saya sekadar mengumpul pelbagai info ilmu berkaitan utk bacaan para kenalan yg melawat blog ini. Jom bersama teruskan usaha,insyaAllah..tq