Adalah sangat mustahak kita memilih penulis surat wasiat yang berpengalaman, terlatih dan tahu mengenai selok-belok pengetahuan mengenai harta. Syarikat penulis surat wasiat yang ternama dan berpengalaman bukan sahaja dapat menyediakan surat wasiat yang berkualiti tetapi juga berupaya meminimumkan risiko sesebuah surat wasiat tidak laku dibawa ke Mahkamah. Ini kerana apabila berlaku kematian, maka semua waris yang nampak baik, alim dan lurus akan menjadi pandai untuk berebut harga selepas kematian pemilik harta. Pewaris-pewaris akan menggunakan mahkamah bagi menggagalkan sesuatu wasiat samada kerana tamak atau dengki.
Ini bukan dongeng tetapi kisah benar, dan kita pun selalu terbaca di dalam surat khabar.
Seorang penulis surat wasiat yang profesional bukan sehaja berfungsi menyediakan surat wasiat seperti yang diminta oleh pelanggan tetapi juga berupaya menganalisa kesan penulisan surat wasiat itu kepada struktur pemilikan harta dan keluarganya. Sekiranya cadangan wasiat itu merugikan keluarga, maka adalah menjadi tugas penulis surat wasiat memberi nasehat dan cadangan yang baik.
Mari kita tengok cerita seorang hartawan yang mempunyai syarikat dan syarikat tersebut memiliki senarai harta bernilai jutawan ringgit. Kita namakan syarikat ini Kayaraya Sdn Bhd. Kayaraya Sdn Bhd dimiliki oleh 3 orang pemegang saham, iaitu Datuk Ahmad (55% saham), Ah Kow 30% dan Maniam 15%. Nilai pasaran harta syarikat dianggarkan 15 juta ringgit iaitu beberapa kondominium di Lembah Kelang.
En Ahmad ingin membuat wasiat supaya apabila beliau meninggal, maka pemilikan saham 55% akan diserahkan kepada tiga orang anaknya dengan kadar pembahagian berikut:
Asri: 40%
Ali: 30%
Abu: 30%
Oleh itu kadar pemilikan efektif saham oleh anak-anak Datuk Ahmad adalah seperti berikut:
Asri: 0.4 x 55% = 22%
Ali: 0.3 x 55% = 16.5%
Abu: 0.3 x 55% = 16.5%
Ini bermakna selepas kematian Datuk Ahmad, struktur pemilikan saham Syarikat Kayaraya Sdn Bhd akan menjadi seperti berikut:
Ah Kow: 30%
Asri: 22%
Ali: 16.5%
Abu: 16.5%
Maniam: 15%
Jadi selepas kematian Datuk Ahmad, wasiat Datuk Abdullah walaupun bagus dari segi perancangan harta tetapi ia merugikan keluarga Datuk Ahmad. Ini kerana Ah Kow telah menjadi pemegang saham terbesar dan boleh mempengaruhi keputusan-keputusan strategik syarikat. Sekiranya Ah Kow membeli saham Maniam, Ah Kow menguasai 45% saham Kayaraya Sdn Bhd dan kedudukan pegangan saham sudah menhadi minoriti yang bertambah kecil.
Oleh itu penulis surat yang profesional akan mencadangkan wasiat dibuat ke atas nama salah seorang daripadanya bagi mempastikan penguasaan 55% syarikat kekal dimiliki oleh keluarga Datuk Ahmad.
Incoming search terms:
- buat wasiat (2)
- syarikat buat wasiat (2)
- buatwasiat (1)
- cadangan membuat wasiat yang baik (1)
- penulis wasiat (1)
- senarai syarikat dan individu penulis wasiat islam (1)
- surat khabar amanah raya (1)
- syarikat menyediakan wasiat (1)
Categories : Wasiat