web analytics

Posts Tagged ‘Wasiat’

Buat Wasiat Jangan Rugikan Waris

Adalah sangat mustahak kita memilih penulis surat wasiat yang berpengalaman, terlatih dan tahu mengenai selok-belok pengetahuan mengenai harta. Syarikat penulis surat wasiat yang ternama dan berpengalaman bukan sahaja dapat menyediakan surat wasiat yang berkualiti tetapi juga berupaya meminimumkan risiko sesebuah surat wasiat tidak laku dibawa ke Mahkamah. Ini kerana apabila berlaku kematian, maka semua waris yang nampak baik, alim dan lurus

Nov 14th, 2011
by zainin

Apa itu Wasiat?

Tafsiran wasiat menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999: “Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.”  Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia)

Oct 4th, 2011
by zainin

Perbezaan wasiat dan faraidh

Apakah perbezaan antara wasiat dan faraid? Siapakah yang layak menerima wasiat dan faraid?  Jawapan Wasiat ialah pesanan atau satu kebajikan yang harus ditunaikan sesudah seseorang itu meninggal dunia. Manakala faraidh pula ialah pembahagian harta mengikut kadar yang telah ditentukan oleh syarak daripada harta benda peninggalan si mati kepada mereka yang berhak menerimanya. Orang yang berhak dan layak menerima wasiat dan faraidh

Sep 22nd, 2011
by zainin

Lapan Sebab Mengapa Kita Patut Membuat Wasiat

Amanat terakhir si-mati  kepada keluarga wajar dimasukkan dalam wasiat 1. Perlantikan Wasi atau Pentadbir Harta Pewasiat mempunyai kuasa mutlak melantik Wasi atau pentadbir harta dalam seperti yang dinamakan dalam surat wasiatnya bagi menguruskan pengagihan hartanya kepada pewaris atau wasiatnya. Hak ini terlucut dengan sendirinya apabila seseorang meninggal tanpa membuat wasiat. Maka menjadi tanggungjawap pewaris berkumpul bagi melantik pentadbir dan mendapatkan

Jul 3rd, 2011
by zainin

Harus wasiat semua harta kepada anak?

Soalan: Saya dan suami mempunyai empat anak dan semuanya perempuan. Ini bermakna kami tidak mempunyai waris anak lelaki. Adakah dibolehkan dalam Undang-Undang Islam bagi kami untuk mewasiatkan harta yang kami ada ketika hidup kepada semua anak kami melalui mana-mana pemegang amanah? Jawapan: Bagi menjawab persoalan puan, rujukan adalah melalui Bab Wasiat, Kitab Fikah Mazhab Syafie oleh Dr Mustofa Al Khin,

May 24th, 2011
by zainin

Siapa perlu mengagihkan harta?

May 21st, 2011
by zainin

Perlantikan Wasi

Menulis Wasiat mungkin menjadi pilihan bagi seseorang, pemilihan seorang Wasi bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati. Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Walaubagaimanapun Wasi mungkin jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak mahu bertindak sebagai Wasi. as-Salihin bersama dengan Penasihat Syariah akan memastikan pentadbiran harta pusaka kepada semua waris/penerima. Adalah sukar

May 21st, 2011
by zainin

Khilaf ulama : Saksi musyrik dalam wasiat

Wasiat digalakkan sama ada pada masa musafir ataupun pada masa hadir. Wasiat dilakukan sebaik-baiknya dengan mengadakan saksi supaya tidak berlaku pertelingkahan dan ia mengukuhkan wasiat itu. Terdapat kekhilafan di kalangan ulama adakah saksi dibolehkan daripada kalangan bukan Islam dalam keadaan musafir atai tidak. Mengikut jumhurul ulama (kebanyakan ulama) antaranya Imam Syafie, Imam Malik dan imam beberapa Mazhab yang lain mengatakan

May 20th, 2011
by zainin

Segerakan urusan bahagi pusaka

Perbalahan keluarga rebut harta hingga ke mahkamah jejas nama baik ummah KEBELAKANGAN ini banyak kes tuntutan pusaka dibawa ke mahkamah kerana kegagalan waris menyelesaikannya secara baik hingga membawa kepada perbalahan keluarga. Perkembangan sebegini bukan sesuatu yang baik kerana ia boleh memberi kesan kepada nama baik masyarakat Islam keseluruhannya. Umumnya, pengetahuan masyarakat mengenai harta pusaka dan pengurusan harta pusaka selepas kematian

May 14th, 2011
by zainin

Bagaimana Menyediakan Surat Wasiat Yang Baik?

Surat wasiat yang baik wajar mengandungi perkara-perkara berikut: 1. Pewasiat mengikrarkan dokumen wasiatnya itu kepada bakal pewaris. 2. Pewasiat menamakan wasinya (pentadbir harta) dengan jelas. 3. Pewasiat memberi kuasa yang jelas dan penuh kepada wasinya selepas kematian pewasiat. 4. Pewasiat memberi kuasa kepada wasi supaya menjelaskan semua hutangnya termasuk tunggakan zakat dan cukai sebelum harta diagihkan kepada pewaris. 5. Pewasiat

May 9th, 2011
by zainin
5 visitors online now
2 guests, 3 bots, 0 members
Max visitors today: 6 at 05:55 am UTC
This month: 24 at 02-13-2012 01:11 am UTC
This year: 42 at 01-26-2012 12:25 am UTC
All time: 48 at 03-30-2011 10:37 am UTC