Pentadbiran Harta Pusaka yang tidak mempunyai Wasiat
Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati menurut Syari’ah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya. Prosedur atau kaedah mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta Probet dan Pentabiran 1959.
Buat Wasiat Jangan Rugikan Waris
Adalah sangat mustahak kita memilih penulis surat wasiat yang berpengalaman, terlatih dan tahu mengenai selok-belok pengetahuan mengenai harta. Syarikat penulis surat wasiat yang ternama dan berpengalaman bukan sahaja dapat menyediakan surat wasiat yang berkualiti tetapi juga berupaya meminimumkan risiko sesebuah surat wasiat tidak laku dibawa ke Mahkamah. Ini kerana apabila berlaku kematian, maka semua waris yang nampak baik, alim dan lurus
Senarai Ahli Waris
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. Waris dari pihak lelaki seperti berikut: 1. Anak lelaki 2. Cucu lelaki dari anak lelaki 3. Bapa 4. Datuk 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Saudara lelaki seibu 8. Anak saudara lelaki dari seibu