web analytics

Perkhidmatan

Sebagai Perancang Agihan Harta Islam yang bernaung di bawah syarikat as-Salihan Trustee Berhad, kami menyediakan pelbagai perkhidmatan professional berikut terus ke lokasi anda :

1. Penulisan Wasiat Professional

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.

Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik, dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah dan ibu bapa angkat.

Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:

” Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala ”

Orang Islam yang mempunyai harta yang mahu memberi manfaat kepada yang berikut:

* Mempunyai cucu
* Anak Angkat
* Kawan baik
* Ahli keluarga bukan Islam
* Mempunyai anak yang bukan Islam daripada perkahwinan terdahulu
* Masjid
* Badan Amal
* Bekas universiti & sekolah
* Hospital

* Ingin pastikan harta pusakanya diagihkan sebaiknya

2. Perlantikan Wasi

Menulis Wasiat mungkin menjadi pilihan bagi seseorang, pemilihan seorang Wasi bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.

Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Walaubagaimanapun Wasi mungkin jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak mahu bertindak sebagai Wasi. as-Salihin bersama dengan Penasihat Syariah akan memastikan pentadbiran harta pusaka kepada semua waris/penerima.

Adalah sukar untuk memilih seorang wasi bagi Wasiat anda. Kesejahteraan keluarga anda adalah yang paling utama dan bergantung pada Wasi yang anda pilih. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga keluarga anda dengan selamat. Pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.

as-Salihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, ia terikat dengan peruntukan undang-undang dalam memberi perlindungan kepada benefisiari yang diamanahkan kepadanya. Ia adalah syarikat yang kekal dan tidak perlu untuk mengeluarkan jaminan untuk bertindak sebagai wasi anda atau pengganti wasi.

Lantiklah as-Salihin sebagai Wasi atau Wasi Pengganti bagi Wasiat anda, anda akan dijamin bahawa dengan bantuan pakar Syariah dan sokongan oleh Lembaga Penasihat Syariah, as-Salihin akan melaksanakan hasrat anda hingga selesai dan memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga ke pembahagian harta yang terakhir.

3. Pentadbiran Harta Pusaka yang tidak mempunyai Wasiat

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati menurut Syariah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya.

Prosedur atau kaedah mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta Probet dan Pentabiran 1959.

Sebenarnya, pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat bagi Wasi yang dilantik di dalam Wasiat dan memilih pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita.

Masalah yang berpanjangan mengenai perlantikan pentadbir akan berlaku, contohnya mengenai permohonan di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memerlukan dua orang penjamin untuk mentadbir harta pusaka kecuali dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati. Walau bagaimanapun, Syarikat Amanah boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.

Di as-Salihin kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tugas kami termasuklah yang berikut :

Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
Membayar hutang
Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan

4. Hibah

Hibah bermaksud pemberian. Di dalam Islam, hibah adalah pemindahan harta tanpa balasan mengikut syarat-syarat tertentu. Pemindahan milik yang dibuat dengan niat memperolehi pahala di akhirat dipanggil sadaqah. Apabila barang pemberian dibawa kepada penerima kerana menunjukkan rasa horrmat kepadanya ianya dikenali sebagai hadiah .

Memberi pemberian digalakkan oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bertukar-tukar hadiah dikalangan kamu kerana ia mengukuhkan
perasaan sayang di antara satu sama lain.”

“Berilah hadiah kepada seseorang lain kerana hadiah menghindari rasa cemburu”

Seseorang boleh menurut undang-undang memberi hartanya kepada seseorang yang lain secara inter vivos, iaitu semasa hidup dan ia tidak terhad jumlahnya. Tetapi jika dia membuat pemberian melalui Wasiat pemberian adalah terhad hanya setakat satu pertiga daripada keseluruhan hartanya.

Di as-Salihin pemberian semasa hidup melalui cara hibah boleh dibuat untuk kesejahteraan hidup orang yang disayangi tanpa terhad jumlahnya. Ia mungkin akan berguna untuk kepentingan mereka yang disayangi selepas ketiadaan anda.

5. Pemegang Amanah

Menurut Islam amanah dikenali sebagai Al-Amanah. Berikut adalah peruntukkan al Quran yang menekankan kepentingan amanah

“Janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain
di antara kamu dengan jalan yang batil”

Surah Al-Baqarah ayat 188

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”

Surah An-Nisa ayat 58

Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang atau satu entiti yang sah (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana orang atau beberapa orang (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bagi kepentingan benefisiarinya samada individu atau sebaliknya. Pemegang Amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Selepas itu benefisiari menjadi pemilik yang bermanfaat ke atas aset amanah tersebut.

Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.

Bentuk-bentuk Amanah

Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan :

Amanah Wasiat (iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat).

Amanah Statutori (iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari kanak-kanak samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat).

Amanah Hidup (iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah).
Tugas Pemegang Amanah

Peraturan yang ketat ditetapkan undang-undang (seperti yang terkandung di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949) di kenakan ke atas pemegang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah tetapi tugas yang lebih berat adalah yang ditetapkan oleh al Quran :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui”

Surah Al-Anfal ayat 27

Menurut Yusoff Ali di dalam komennya terhadap ayat di atas,tugas Pemegang Amanah ialah untuk menjaga kepentingan orang yang hartanya dipegang dan menyerahkan semula harta tersebut serta menjelaskannya apabila dikehendaki mengikut terma-terma amanah tersebut. Tanggungjawab sebagai Pemegang Amanah dalam agama Islam adalah lebih berat jika dibandingkan dengan tanggungjawab undang-undang.

Amanah sebagai satu mekanisme di dalam Perancangan Harta Islam

Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam) konsep Amanah menurut Islam boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan dan saraan hidup. Ia merupakan alat atau cara yang mustahak di dalam Perancangan Harta Islam

Perkhidmatan Pemegang Amanah di as-Salihin

Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan Pemegang Amanah yang benar-benar menurut Islam dan komprehensif di dalam bidang-bidang berikut :

Pendidikan
Saraan Hidup
Korporat
Kebajikan
Insurans

6. Wakaf

Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah

Hadith berikut dipetik daripada Sahih al Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27) mencatatkan authoriti membuat wakaf.

“Diriwayatkan oleh Ibn Umar. Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? Maka sabda Rasulullah “Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan.” Maka, Saidina Umar pun memberi tanah tersebut untuk kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya”

Dipetik daripada Sahih Al-Bukhari
(Jilid 4 m/s 27)

Wakaf boleh di buat untuk berkuat kuasa semasa hidup atau hanya selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Pemegang Amanah bagi Wakaf mesti dilantik untuk mentadbir harta wakaf itu dan kebanyakkan Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri memberi mandat hanya kepada Majlis Agama Islam untuk bertindak sebagai pemegang Amanah.

Perkhidmatan Wakaf yang terdapat di as-Salihin;

Khidmat nasihat dalam pembentukkan Wakaf
Penyediaan Perjanjiaan Waka

7. Harta Sepencarian

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa di dalam keadaan tertentu boleh dianggap sebagai “Harta Sepencarian” Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dibuat.

Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, menyediakan dokumen berkaitan harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.

8. Penjagaan Harta Kanak-kanak

Penjagaan ialah pengurusan yang dilakukan oleh seorang yang dewasa terhadap diri dan harta kanak-kanak, atau diri dan harta orang yang tidak berupaya (kanak-kanak istimewa, gila,dungu dan sebagainya).

Mengikut pandangan Islam, Penjaga dan Hadhinah(custody) mempunyai hak dan tanggungjawab yang berbeza. Kaum kerabat sebelah bapa(lelaki) lebih di beri keutamaan untuk memikul tanggungjawab sebagai penjaga sementara kaum kerabat sebelah ibu mempunyai keutamaan untuk menjadi Hadhinah kepada kanak-kanak.

Terdapat dua kategori penjagaan:

Penjagaan terhadap harta (seperti menyewakan harta,mengadaikan, harta orang yang dibawah jagaannya dengan syarat ianya memberi manfaat kepada orang yang di bawah jagaannya) dan

Penjagaan terhadap diri (seperti bertanggungjawab terhadap pendidikannya, kesihatannya, dan memberi persetujuan dalam mengaqad nikah perempuan yang di bawah jagaannya)

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) s.88, yang mana ia mengikut Mazhab Syafie, keutamaan untuk menjadi penjaga adalah mengikut urutan berikut:

Bapa
Datuk lelaki di sebelah bapa
Wasi yang dilantik menurut Wasiat bapa
Wasi kepada wasi bapa
Wasi datuk di sebelah bapa
Wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa

Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan sebagai penjaga kepada harta kanak-kanak.

9. Penyimpanan Dokumen

Apabila anda telah menulis Wasiat, adalah wajar anda untuk memastikan dokumen itu di simpan ditempat yang selamat supaya benefisiari-benefisiari anda tidak akan menghadapi kesukaran dan masalah kerana mereka tidak berupaya/gagal untuk mendapatkan Wasiat anda setelah anda meninggal dunia.

Tidak berguna menulis Wasiat jika tidak boleh mengesannya kelak. Banyak harta pusaka telah dibekukan kerana Wasiat terakhir tidak dapat dikesan.

as-Salihin menyediakan perkhidmatan penyimpanan berkomputer untuk penyimpanan yang selamat bagi semua dokumen yang kami sediakan. Tidak kira di mana atau bila anda meninggal dunia, jika benefisiari dan peguam anda menghubungi as-Salihin untuk mendapatkan Wasiat anda, kami pasti menghantar salinan Wasiat tersebut kepada mereka untuk tindakan yang selanjutnya.

Gunakan setiap peluang yang ada dan dengan segera dan jauhi risiko-risiko yang boleh mengancam Wasiat anda seperti kebakaran, banjir, kehilangan, kecurian atau kemusnahan.

MERANCANGLAH SEKARANG MULAI DENGAN MENULIS WASIAT DENGAN KAMI.

Anda hanya perlu menghantar sms ringkas berikut. Taipkan ‘Wasiat’ dan :

Nama :
Umur :
Lokasi :
Kepada wakil kami : Kapt.(B)Zainin Osman : 019- 329 8856 / 010-7886702

Anda akan dihubungi oleh wakil kami berserta maklumat dan penerangan lanjut. Usah bertangguh lagi! Satu SMS dari anda hari ini mungkin menyelamatkan harta anda dari terbeku dan mengelakkan kerumitan kepada orang tersayang dimasa depan. Dapatkan penerangan percuma dari wakil bertauliah kami hari ini. Atau cuma terus mengisi  Borang Arahan Menulis Wasiat Anda di sini Login Required Setelah dilengkapkan sila email semula kepada saya (zainin @ wasiwasiat.com). Setelah Borang Arahan Wasiat itu saya terima, sila buat pembayaran Deposit Awal minimum RM200 melalui pindahan ke akaun Maybank berikut : No akaun : 114093165260 Zainin bin Osman. Sila sms atau email saya selepas membuat pembayaran deposit berkenaan. Selepas saya menerima Borang Arahan Wasiat & Deposit, proses membuat Dokumen Wasiat akan diuruskan. Draf Dokumen Wasiat Anda akan diposkan untuk proses bacaan,semakan dan pengesahan dari anda sebagai Pewasiat. Setelah anda bersetuju tiada sebarang pindaan lain, barulah Dokumen Wasiat Terakhir disediakan untuk proses tandatangan Pewasiat. Setelah lengkap ditandatangani sila pulangkan semula dokumen berkenaan bersama bayaran baki fee perkhidmatan. Proses terakhir, anda akan menerima salinan Dokumen Wasiat bersama 2 keping Kad Simpanan Wasiat dan Buku Senarai Harta Peribadi. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa. Terima kasih.


 

Incoming search terms:

  • prosedur wasiat tanah felda bukan islam (4)
  • tugas pemegang amanah tanah (3)
  • kebajikan untuk orang islam (3)
  • apakah matlamat utama bagi islam selepas meninggal dunia (2)
  • anak angkat layak terima tanah felda (2)
  • syarat wasi (2)
  • amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk dinamakan : (1) amanah wasiat iaitu amanah yang dibina di dalam wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat wasiat (2) amanah statutori iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh un (2)
  • akta pemegang amanah 1949 (2)
  • majlis penasihat syariah as-assalihin (2)
  • nilai amanah di dalam wasiat (2)
  • orang islam boleh memberikan wasiat kepada orang bukan islam (2)
  • persatuan peguam malaysia yang diamanahkan harta simati (1)
  • perkhidmatan membuat wasiat (1)
  • wasi bukan islam (1)
  • perkhidmatan buat wasiat (1)
6 visitors online now
0 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 7 at 02:15 am UTC
This month: 7 at 02-05-2012 10:53 am UTC
This year: 42 at 01-26-2012 12:25 am UTC
All time: 48 at 03-30-2011 10:37 am UTC