
Assalamualaikum….Saya Kapt.(B)Zainin Osman, Perancang Harta Pusaka Islam (IEP#I1001483) dari syarikat Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam iaitu as-Salihin Trustee Berhad (670367-D).
Website WasiWasiat.com ini diwujudkan bagi tujuan :
- Memberi kesedaran akan kepentingan menulis wasiat dan perancangan harta Islam melalui bahasa mudah dan tauladan.
- Memberi serba sedikit Informasi tentang kaedah yang dapat dilakukan bagi menyelesaikan tuntutan Harta kalangan umat Islam.
- Pengumpulan maklumat dari pelbagai sumber bagi artikel, berita terkini, program-program dalam industri perancangan harta umat Islam.
Saya wujudkan blog ini untuk berkongsi pengalaman saya dalam menguruskan harta pusaka saya sendiri. Setiap hari kita sibuk mengumpul harta and membiayai keperluan keluarga tapi tidakkah kita sesekali terfikir apa yang akan terjadi kepada harta-harta, isteri, anak-anak yang kita sayangi setelah kita meninggal dunia ?
Lagi satu pentingnya mengurus harta pusaka ini ialah sebagai rekod pengurusan untuk kesemua HARTA dan HUTANG kita. Dengan adalah ilmu pengurusan harta Islam, moga kita dapat merancang pengurusan agihan harta kita dengan bijak mengikut hukum syariah.
Di dalam blog ini, saya akan cuba sedaya upaya mengumpulkan pelbagai informasi di dalam dunia pengurusan harta pusaka, kisah isu masalah pengurusan harta kalangan masyarakat dan sebagainya.
Semua bentuk pendapat hanyalah merupakan pandangan peribadi dan diharap tidak menyentuh sensitiviti semua pihak. Adalah diharapkan segala maklumat yang dikongsi dapat memberikan manfaat kepada semua. Dapatkan analisis faraid dan khidmat runding cara percuma dari saya. Email wasiwasiat @ gmail.com untuk maklumat lanjut.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.” – (HR. At-Tarmizi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban)
Surah al-Baqarah Ayat 180
“Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa”
Hadis Riwayat Al-Bukhari
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.”

Sedia berkhidmat untuk anda.
Salam hormat,
Zainin Osman
010-7886702 /019-329 8856
YM id : myfreedombiz
Google Talk : myfreedombiz
Dapatkan Borang Arahan Menulis Wasiat Anda di sini Login Required Setelah dilengkapkan sila email semula kepada saya. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa. Terima kasih.
Incoming search terms:
- CARA MENULIS SURAT WASIAT (24)
- pengenalan wasiat (21)
- cara membuat surat wasiat (8)
- cara membuat wasiat (4)
- contoh penulisan surat wasiat (4)
- cara cara membuat kandungan surat wasiat (3)
- contoh menulis surat wasiat harta (3)
- format surat wasiat tanah (2)
- penulisan surat wasiat (2)
- format surat menulis wasiat (2)
- hadis riwayat al-bukhari;- tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta (2)
- panduan menulis surat wasiat (2)
- kaedah penulisan wasiat (2)
- khidmat menulis wasiat (2)
- cara menulis wasiat (2)