Saya difahamkan bahawa mengikut undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat?
Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan Wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan/ susah. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam.
Adakah Islam mengalakkan menulis Wasiat?
Islam menggalakkan menulis Wasiat. Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar R.A “Adalah tidak dibenarkan mana-mana orang Islam yang mempunyai sesuatu diwasiatkan untuk tinggal dua malam tanpa memiliki Wasiat terakhir dan disimpan dengannya.”
Islam menggalakkan menulis Wasiat, adalah lebih mudah untuk saya meniru contoh yang telah sedia ada, contohnya di bawah Enakmen Wasiat Selangor 1999.
Contoh Wasiat yang disediakan adalah Wasiat yang simple/biasa sahaja, sedangkan as-Salihinmenyediakan Wasiatyang lengkap dan dibuat berdasarkan keperluan, keadaan dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan oleh benefisiari yang masih hidup bagi mengelakkan sebarang konflik dan ketidak tentuan berlaku selepas kematian anda.
Saya adalah seorang yang belum berkahwin dan tidak mempunyai waris yang rapat. Kenapa perlu saya menulis Wasiat?
Jika anda tidak menulis Wasiat dan anda tidak mempunyai waris yang boleh mewarisi, kesemua harta akan diberi keBaitul Mal. Anda boleh memberi harta anda kepada seseorang tertentu melalui Wasiatsebanyak 1/3 daripada keseluruhan harta dan baki harta akan diserahkan ke Baitul Mal. Kedua-dua pihak akan mendapat bahagian.
Tanggungan saya adalah lebih banyak daripada aset saya. Bolehkah saya menulis Wasiat?
Anda boleh menulis Wasiat. Akan tetapi tanggungan anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki aset boleh dibuat kepada benefisiari.
Saya mempunyai anak-anak yang kecil dan saya telah mengasingkan beberapa harta untuk kepentingan mereka? Bolehkah as-Salihin bertindak sebagai penjaga bagi harta anak-anaknya?
Ya, sekiranya as-Salihin dilantik sebagai Penjaga bagi harta anak-anak anda.
Adakah boleh saya melantik as-Salihin sebagai penjaga yang sah bagi anak-anak saya?
Anda boleh melantik as-Salihin sebagai penjaga yang sah, tetapi bagi harta anak-anak anda dan bukannya penjaga bagi diri kanak-kanak tersebut. Penjaga bagi diri mestilah dilantik mengikut peruntukan undang-undang.
Bolehkah as-Salihin bertindak sebagai Penjaga kepada anak-anak yang masih kecil?
as-Salihin tidak boleh menjadi hadinah. Hak hadanah ke atas anak-anak yang masih kecil diberi keutamaan kepada saudara-saudara perempuan terdekat.
Saya adalah anak luar nikah. Bolehkah saya mewarisi daripada ibubapa sebenar saya (yang tidak berkahwin)?
Anda hanya boleh mewarisi daripada ibu sahaja.
Saya adalah anak luar nikah. Bolehkah ibubapa saya mewarisi harta saya?
Hanya ibu sahaja (dan bukan bapa) boleh mewarisi harta anda.
Saya telah menceraikan isteri saya. Bolehkah bekas isteri saya menuntut hak terhadap harta saya apabila saya mati?
Bekas isteri anda tidak boleh menuntut harta pusaka anda kerana apabila telah bercerai bekas isteri bukanlah dianggap sebagai waris yang layak lagi. Tetapi bagi isteri yang diceraikan, apabila suami telah menceraikan isteri dan suami mati ketika di dalam masa iddah Isteri masih dianggap sebagai waris yang layak dan boleh mewarisi harta anda.
Di dalam Islam, adakah saya bebas untuk mewasiatkan semua harta saya?
Menurut Undang-undang Islam, seorang Islam mempunyai kebebasan untuk mewasiatkan hanya 1/3 daripada keseluruhan hartanya.
Berapa banyak saya boleh berwasiat kepada ahli-ahli keluarga terdekat?
Menurut Mazhab Shafie, seorang Islam tidak boleh mewasiatkan hartanya kepada waris kecuali semua waris memberi persetujuan selepas kematian pewasiat. Di dalam kes anda, anda boleh mewasiatkan lebih daripada 1/3 kepada keluarga terdekat jika semua waris bersetuju.
Tetapi di bawah undang-undang Selangor, Seksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, orang Islam dibolehkan berwasiat sebanyak satu pertiga daripada keseluruhan aset kepada waris-warisnya walaupun tanpa persetujuaan waris-waris yang layak.
Siapakah di antara saudara saya yang tidak boleh terkecuali daripada mewarisi harta saya?
Dengan syarat mereka adalah orang Islam, bapa anda (ke atas), suami/isteri anda dan anak-anak anda tidak akan terkecuali daripada mewarisi harta anda.
Saya telah membuat Wasiat ketika saya bujang, jika saya tidak membuat Wasiat yang baru selepas berkahwin, masih sahkah Wasiat tersebut?
Di dalam Islam, Wasiat tidak terbatal melalui perkahwinan atau perceraian. Wasiat yang anda buat sebelum berkahwin kekal sah kecuali saya membatalkannya dengan membuat Wasiat baru.
Saya telah menamakan isteri saya sebagai penama di dalam borang EPF. Bolehkah isteri saya mendapat kesemua wang daripada akaun EPF saya apabila saya meninggal kelak
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, penama bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Wang Simpanan di bank and Simpanan Kesatuan Kerjasama adalah merupakan orang yang melaksanakan Wasiat simati iaitu sebagai pemegang amanah. Penama tersebut tidak boleh mewarisi kesemua harta tersebut tetapi dia mestilah membahagikan harta tersebut mengikut Faraid..
Saya belum berkahwin ketika membeli polisi insurans dimana saya menamakan kakak saya sebagai benefisiari. Oleh kerana saya telah berkahwin adakah kakak saya boleh mewarisi polisi insurans saya apabila saya meninggal dunia?
Di dalam Islam, harta si mati hanya boleh diwarisi selepas kematiannya mestilah dibahagikan mengikut Faraid. Kedudukan kakak anda hanyalah sebagai pemegang amanah (dan bukan sebagai benefisiari) dan beliau berkewajiban untuk membahagikan harta tersebut kepada waris-waris yang layak menurut Faraid .
Jika saya boleh melantik mana-mana individu untuk menjadi wasi Wasiat saya. Kenapa perlu saya melantik as-Salihin?
Adalah lebih baik melantik as-Salihin sebagai Wasi. Jika anda fikirkan bahawa orang kesayangan anda mungkin tidak mampu berfungsi dan bertugas sebagai wasi, anda wajar melantik as-Salihin sebaga wasi utama atau wasi ganti. Kelebihan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda adalah seperti berikut :
(a) Warisan kekal dan berterusan
Sebagai sebuah syarikat, as-Salihin bersama kakitangan undang-undang akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir
(b) Bertanggungjawab dan Adil
Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin adalah badan pengawal di bawah obligasi undang-undang untuk memastikan wang sentiasa dijaga. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding Wasi atau pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan atau terikat dengan emosi.
(c) Profesional dan berkemampuan
Dengan melantik as-Salihin, anda akan dijamin dengan profesional dan berkemampuan dalam menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.
(d) Mempercepatkan proses undang-undang
- Dengan Wasiat dan melantik as-Salihin sebagai Wasi, tidak akan berlaku pertelingkahan untuk memilih siapa yang wajar mentadbir harta pusaka hanya wasi yang dilantik di dalam Wasiat mempunyai hak mentadbir.
- Tidak perlukan jaminan untuk memperolehi probet. as-Salihin sebagai Wasi tidak perlu mencari penjamin ketika memohon probet.

Incoming search terms:
- contoh wasiat (69)
- contoh wasiat islam (58)
- Contoh menulis surat wasiat (13)
- anak luar nikah faraid (5)
- pembahagian harta wanita yang belum berkahwin (3)
- pembahagian faraid wanita yang belum berkeluarga (2)
- anak luar nikah dalam faraid (2)
- hadanah pembahagian harta (2)
- pembahagian harta pusaka kepada anak yang telah bercerai (1)
- pembahagian faraid pada anak luar nikah (1)
- pembahagian harta pusaka wanita yang tidak berkahwin (1)
- pembahgian faraid anak waris yang meninggal (1)
- pewarisan anak luar nikah bukan islam di malaysia (1)
- adakah perempuan yang diceraikan mendapat harta pusaka (1)
- surat melepas hak pusaka (1)