Kebanyakan orang menyangkakan harta mereka akan terus diagihkan kepada yang tersayang sebaik sahaja mereka meninggal dunia. Harta peninggalan seperti wang tunai di bank, simpanan tabung haji, KWSP, saham dan juga harta tetap seperti tanah dan rumah sebenarnya akan dibekukan apabila kematian seseorang. Kerana ketiadaan wasiat dan ketiadaan wasi atau pentadbir harta yang dilantik untuk menguruskan harta peninggalan simati :
- Lebih RM70 juta wang dalam KWSP dibekukan
- RM1.5 billion wang rakyat Malaysia masih berada di Jabatan Wang tidak dituntut
- RM40 billion wang dan hartanah masih tidak dapat dicairkan dan digunakan oleh waris-waris yang memerlukan
- Proses mendapatkan harta simati untuk diagihkan kepada waris boleh mencecah lebih 10 tahun
Mungkinkah sebahagian daripada harta-harta ini milik anda? Orang-orang yang terdekat dengan anda? Atau keluarga anda?
Menyedari hakikat ini dan untuk mengelakkan kerumitan kepada waris-waris yang tinggal, amat penting untuk setiap orang mempunyai wasiat dan wasi yang dilantik untuk mentadbir harta-harta yang bakal ditinggalkan kelak.
Wasiat ialah instrumen yang akan memastikan harta peninggalan akan dapat ditadbir dan diagihkan kepada waris-waris dengan cepat dan mengelakkan sebarang konflik dan ketidaktentuan berlaku selepas kematian anda.
Kelebihan Berwasiat
- Proses perundangan yang cepat dan jimat
- Aset dapat dicairkan dengan mudah
- Mengelakkan pertelingkahan antara waris
- Boleh melantik WASI anda
- Boleh berikan 1/3 harta anda kepada bukan waris
Tanpa wasiat
- Proses perundangan yang lama dan mahal
- Aset amat sukar untuk dicairkan
- Waris berebut Harta Pusaka anda
- Kesulitan melantik pentadbir harta
- Bukan waris tidak layak dapat harta
Incoming search terms:
- agihan faraid (29)
- contoh pengiraan harta mengikut faraid (28)
- agihan harta (17)
- pengiraan harta pusaka (9)
- cara pengiraan faraid (5)
- cara pengiraan harta pusaka (5)
- tatacara pengurusan agihan wasiat harta pusaka (4)
- pengiraan faraid (4)
- pengiraan harta mengikut faraid (3)
- cara mengira agihan pusaka (3)
- contoh pengiraan faraid (2)
- contoh kiraan harta mengikut faraid (2)
- contoh pengiraan harta pusaka (2)
- jumlah kiraan wang dalam faraid (2)
- kaedah agihan faraid (2)
bagaimana jika suami saya menamakan ibunya sebagai penama kwsp..dan sekiranya ibunya tidak membahagikan kwsp mengikut faraid..apakah kaedah yang boleh saya ambil untuk memastikan harta kwsp tersebut dapat dimiliki oleh saya dan anak2?
ada beberapa kaedah yg blh puan usahakan; cthnya, jika suami masih hidup cubalah berbincang supaya memasukkan nama puan sekali sbgai penama ke 2. Pn.dan suami juga blh merancang semasa hidup dgn melantik Wasi pentadbir harta pusaka supaya pelbagai urusan agihan harta termasuk kwsp dpt ditadbir dan diagihkan dgn cara yg berkesan,adil serta professional. Sebenarnya penama kwsp hanyalah berperana sbgai pemegang amanah shj. Setelah berlaku kematian,penama kwsp berkenaan perlu bertanggunjawab mengagihkan wang kwsp sbagai harta pusaka si mati kpd semua waris yg berhak mengikut agihan faraid sepenuhnya (jika tiada wasiat).
sekiranya penama KWSP tidak menjalankan amanah yang sepatutnya..apakah tindakan yang perlu diambil ke atas penama tersebut? Bolehkah hire lawyer untuk menguruskan kwsp tersebut?
Assalamualaikum Alyne…moga info yg di sini dpt membantu anda;
Mengikut hukum syarak, penama yang ditulis di dalam skim-skim wang simpanan seperti Takaful/ KWSP/Tabung Haji dan sebagainya tidak dgn sendirinya menjadi hak milik kepada penama tersebut dan tidak sah menurut Islam. Ia masih tertakluk kepada pembahagian faraid. Oleh itu, wang-wang tersebut menjadi peninggalan harta si mati dan hendaklah dibahagiakan secara faraid.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 juga telah memberikan pendapatnya dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 20 Sept.1973 seperti berikut:
“Penama-penama KWSP, Wang Simpanan Pejabat Pos,Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si amti atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian Faraid.”
Dalam mesyuarat Majlis Raja-raja(Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) yang ke 117 pada 21 Feb. 1980, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengemukakan pendapat dan telah dipersetujui oleh Majlis mengenai perkara penama (Nominee).
Keputusannya adalah seperti berikut:-
Majlis mengambil ingatan bahawa orang-orang yang beragama Islam tidak boleh melantik penama(Nominee),dan
Majlis bersetuju YB Peguam Negara menggubal undang-undang supaya orang-orang yang beragama Islam tidak dibenarkan melantik penama (Nominee)
Soal penama telah timbul di dalam kes Re Ismail bin Rentah(si mati), (1939) FMSLR. 230. (1940) MLJ.
Di dalam kes ini, si mati telah menjadi ahli Syarikat Koperasi Pegawai Melayu Perkhidmatan Awam dan telah menamakan anak perempuannya untuk menerima saham dan faedahnya di dalam syarikat itu apabila dia meninggal dunia. Dia telah meninggal dunia dan telah meniggalkan beberapa ahli waris termasuk ibunya, balunya, anak perempuan, seorang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan. Penolong Pendaftar Syarikat di Kuala Pilah telah memerintahkan saham dan faedah si mati dari syarikat itu dibahagikan kepada ahli waris. Penama tidak puas hati dan telah merayu kepada Mahkamah Tinggi dan Hakim Raja Musa telah menolak rayuan tersebut dan memutuskan supaya jumlah wang itu dibahagikan kepada semua ahli waris mengikut hukum faraid.
dipetik dan diubahsuai daripada
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/calculator/sifarbi.nsf/602233a70762c39948256eda003beb31/$FILE/sistem%20pesaka%20islam%20portal.pdf