web analytics

Bapa Disaman 11 Orang Anak, Pemilik Syarikat Bas Ekspres Mutiara

Seramai 11 orang anak kepada seorang jutawan syarikat bas ekspres terkemuka di sini menuntut daripada bapa mereka harta sepencarian dipercayai bernilai jutaan ringgit milik ibu mereka yang telah meninggal dunia pada 2008.

Kesemua mereka memfailkan tuntutan ke atas Che Ibrahim Che Ismail, 56, yang merupakan pemilik syarikat bas Ekspres Mutiara di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 2 Oktober lalu.

Mereka ialah Khalilullah, 31; Tamtini, 30; Amalina, 29; Khairul Azhan, 28; Khairul Anam, 26; Khairul Adnin, 24; Salsabila, 20; Siti Nahwan, 18; Muhammad Atifuddeen, 16; Muhammad Amar, 11 dan Nurul Aufa, 13.

 

Ibu mereka, Paizah Mohd. Yusoff meninggal dunia pada tahun 2008 ketika berusia 49 tahun setelah koma selama empat tahun berikutan kemalangan jalan raya pada tahun 2004.

 

Mereka selaku plaintif menuntut harta sepencarian arwah ibu mereka bermula dari tarikh perkahwinan arwah dengan Che Ibrahim pada 22 Februari 1979 sehingga ibu mereka meninggal dunia pada 24 September 2008.

Kesemua plaintif turut mengemukakan notis permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara ex-parte di mahkamah yang sama bagi menghalang defendan daripada melakukan sebarang transaksi terhadap harta sepencarian milik ibu mereka yang jumlahnya akan ditentukan kemudian.

Harta tersebut meliputi kawasan tanah di sekitar Kota Bharu, Gua Musang dan Kuala Lumpur, beberapa rumah banglo dan bangunan serta syer di dalam Ekspres Mutiara yang didaftarkan atas nama Mutiara Pahim Sdn. Bhd.

 

 

Incoming search terms:

  • bas mutiara (15)
  • ekspress mutiara (13)
  • mutiara ekspress (7)
  • bas ekspress (7)
  • bas ekspress mutiara (6)
  • pemilik bas mutiara (5)
  • bas ekspres mutiara (5)
  • mutiara ekspres sdn bhd (5)
  • syarikat bas mutiara (4)
  • mutiara ekspres (4)
  • syarikat bas ekspress mutiara (3)
  • pemilik syarikat mutiara ekspres (3)
  • amalina che ibrahim (3)
  • mutiara bas (3)
  • jutawan disaman sebelas anak kandung (3)
Oct 25th, 2011

Comments are closed.

7 visitors online now
1 guests, 6 bots, 0 members
Max visitors today: 7 at 06:32 am UTC
This month: 24 at 02-13-2012 01:11 am UTC
This year: 42 at 01-26-2012 12:25 am UTC
All time: 48 at 03-30-2011 10:37 am UTC